Tuesday, 7 February 2012
Gila Habaq Ang Lupa Password
dekat dgn setengah tahun br blh bkk blog. mula2 nk give up tp xleh sbb syg. haha. sbnq nya xdak apa yg special psl blog sy nie, sekadar nk share minat. ada puitis br dr sy harap anda enjoy
lewat pagi itu engkau merangkak bersama fajar
terasa seakan lapar bila bayangmu pudar
aku berterusan mengutuk diri
kenapa kubiarkan engkau pergi tidak pada dinihari
lalu sekarang bila siang bangkit
aku seolah tidak tercuit
bagaimana kunanti, jika kau tak di sisi
mahu ku jawab pada malam yang pastinya tidak berkeinginan bayu sepi
mampir kembali padaku
akan kubentangkan semula baldu asmara
kuusir jauh-jauh mantera seteru
supaya tidak lagi menghantui syurga bahagia
kamu pasti akan pulang bukan?
atau mahu kubeli sebuah kemaafan?
Subscribe to:
Posts (Atom)
