Thursday, 28 March 2013

Hanyir itu Masih Berbau


kawanan gagak itu menglapah daging yang hanyir
cuma seekor yang masih terkebil-kebil
berfikir sama ada mahu mengunyah yang mengalir 
atau sekadar mengigit sambil-sambil



udara terkandung nafas busuk itu tergambar jelas
terdetik di kotak pemikiran si seekor
mahu dilontar yang sedang digalas
jauh ke laut tanpa dasar biar tiada yang mengekor

kecelaruan itu mesti terdapat ada
biarpun pada si pekak mahupun buta
namun yang cukup sifat ini kenapa ternganga
sedangkan si seekor mampu mengenggam dunia

benar, hanyir itu masih berbau
segara ku kambus dengan pasir debu