Tuesday, 26 April 2011

panggil name aku...

ketidaksanggupan itu menemukan kita
nafsu pandai berpatah, hati pandai berpatih
jauh merangkak mencari masa
sebentar sahaja kita terbaring letih


aku terlarut dalam sifat dahaga
haus pada kejantanan yang lantang
memberi tidak langsung dibalas oleh menerima
lalu terbentangnya rasa jalang


sukar aku menepis lodak jiwa yang membuak
aku tidak mahu masa menjadi kuning berkarat
dahaga ini harus dibiarkan luak
bohong sekiranya dosa tidak berselirat


sedang kta dalam tenggelam
kesetiaanku kau pertikaikan
seharusnya kita sudahi sampai kejang
kerna waktu kencang melenjang


bau hanyir itu tersebar ke serompong
yang tertutup jadi rompong
yang rompong jadi canggung
yang canggung harus dihitung


si penghitung jadi kosong
yang dihitung nampak lohong
perempuan dan lelaki memang berbohong
aku tumbang di tengah lorong
kau datang menerpa lalu melolong


(ZANDEELA)

2 comments:

  1. amboi pnggunaan bahasa yg tinggi dan sukar difahami. eheh

    ReplyDelete
  2. time kasih...xslalu create paranormal cmnie...dlm setahun ada la dlm 5 report..hahaha

    ReplyDelete